Monday, October 06, 2008

Emel daripada Sahabat: Anwar, Amerika dan ...Bhg.2

Latar belakang penaja sekutu Amerika (Bhg.2)

Dua penaja sekutu Amerika berpengkalan di Jerman iaitu KAF dan FNF. Kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti utama di Jerman yang menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Kumpulan Israel Amerika (American Jewish Committee-AJC). dengan pihak kerajaan Jerman. Pihak kerajaan Jerman terpaksa akur dengan AJC, sebagai 'menebus dosa' pembunuhan beramai-ramai Yahudi ('holocaust') di Jerman semasa pemerintahan Nazi. Satu lagi penaja sekutu Amerika adalah SPF yang mempunyai dua ibu pejabat iaitu di Jepun dan Amerika.

 Dana SPF ini sebagai satu cara untuk tunduk kepada Amerika kerana kerajaan Jepun telah menyertai Kuasa Paksi (Axis Powers) iaitu pakatan antara Jepun, Jerman dan Itali menentang Pihak Berikat (Alliance)yang diketuai Amerika dalam peperangan dunia ke II.

Bermakna ketiga-tiga penaja yang disenaraikan di atas adalah merupakan 'satu bentuk pampasan' atau 'ufti' kepada Amerika Syarikat hasil kekalahan Jerman dan Jepun dalam peperangan Dunia ke II.

No comments: