Friday, October 10, 2008

Emel daripada Sahabat: Anwar, Amerika dan ...Bhg. 4

Pluralisme Agama

Latar belakang penaja Anwar yang dijelaskan di atas kebanyakan dari Yahudi dan Nasrani. Perlu ditegaskan, tiada satu pun daripada penaja yang disenaraikan itu penaja Islam. Diulang sekali lagi TIADA PENAJA ISLAM !

 Bermakna Anwar menerima dana daripada bukan Islam daripada Yahudi dan Nasrani. Kenapa Yahudi dan Nasrani begitu bermurah hati menaja Anwar, seorang Muslim Moderat, datang dari negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

 Penaja Yahudi dan Nasrani dari Amerika itu juga tahu kedudukan Islam di Malaysia, Perkara 3 (1) ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam seperti mewujudkan beberapa institusi Islam penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam, Sistem Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). 

 Juga mereka tahu Kerajaan Persekutuan juga telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.

Begitu juga menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah yang berfungsi menjalankan tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Setelah latar belakang sedemikian rupa dan kedudukan Islam yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, penaja-pena Yahudi dan Nasrani masih memilih untuk menaja Anwar dan partinya PKR.

Apatah motif penaja Yahudi dan Nasrani menaja Anwar dari sudut agama? Motif mereka jelas, penaja Yahudi dan Nasrani berusaha menghakis kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutan dengan mempromosikan agenda baru iaitu Pluralisme Agama, Liberalisme dan Demokrasi. Lebih tepat lagi penaja mahu wujudkan PLURALISME AGAMA di Malaysia.

 Apa makna pluralisme agama?

Menurut Dr Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM dan sahabat Anwar, Pluralisme (agama) merujuk usaha menyamakan semua agama dalam menerima kebenaran dan keselamatan semua agama Dr Siddiq menulis usaha Pluralisme ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain.

Tulisnya lagi, "pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkansebagai 'kaum fanatik', 'fundamentalis', 'ekstrimis' dan 'teroris Muslim'. Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah "Islam" versi Amerika atau "Islam" yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya"

Persoalannya siapa yang menjadi pelopor Islam versi Amerika di Malaysia ? Siapakah pula yang menjadi rakan baik Seyyed Hossein Nasr di Amerika ? Dan siapakah pula yang ditugaskan Amerika atas nama "Muslim Moderate" untuk memerangi kumpulan yang dilabel Amerika sebagai 'fanatik', 'fundamentalis', ekstrimis' dan 'teroris'.

Kalau diteliti semua ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan Anwar semasa bekerja di Amerika selama dua tahun (2005-2007), orang yang dimaksudkan oleh Dr Sidiq itu adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Anwar Ibrahim.

 Kalau dirujuk pula kertas kerja yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,Fakulti Pengajian Islam UKM, bertajuk "Liberalisme dan Pluralisme", beliau memberi takrif yang sama dengan pendapat Dr Sidiq Fadzil.

Kertas kerja itu lebih memperincikan lagi peranan penaj mana yang giat mempromosi agenda itu. Dr Idris menyebut pelopornya "think-tank" Barat seperti "Rand Corporation", "SIM" di Leiden, Belanda, "Institut Brooke", Washington. D.C dan lain-lain.

Dr Idris juga mengakui bahayanya fahaman ini kerana mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ulama. Begitu juga gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam di Malaysia.

Pada kesimpulannya Dr Idris meletakkan sasaran NGO Malaysia bernama "Sister In Islam" (SIS), adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan.

Benar SIS adalah mata rantai barat yang mendokong pluralisme dan Islam Liberal di Malaysia. Tetapi adakah setakat SIS ? Adakah penaja barat mencari tokoh yang lebih berwibawa daripada Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS ?  Lebih tepat lagi, penaja barat lebih berminat menaja Anwar Ibrahim berbanding Zainah Anwar kerana bakat dan ketokohan serta pengaruh politik mereka berbeza.

Mari kita selidiki apakah kaitan badan penaja pluralisme seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja itu dengan Anwar.

Anwar Ibrahim berkait rapat dengan "Rand Corporation", dan "Institut Brooking". Malah think tank Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council terlibat secara langsung dalam penubuhan "Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC)" seperti yang tercatat dalam kertas kerja itu. Apatah lagi IRC ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang merupakan salah satu penaja Anwar Ibrahim. 

No comments: